1.SELESAKAN DIRI. Dari segi busana yang kamu pakai hinggalah ke topik yang kalian bincangkan, pastikan kamu rasa selesa kerana ia membantu kamu untuk enjoy. Jadi cadangan yang baik, fikir balik, betul ke kamu nak sarungkan kasut tumit tinggi 5inci tu...
2.BERBUAL SANTAI. Janji temu dan perbincangan berat? Memang tak 'ngam'! Jadi pastikan topik perbualan kalian santai dan bersahaja. Kongsikan cerita menarik tapi tidak terlalu intimate, dan kenali dirinya tanpa tergesa-gesa.
3.PASANG TELINGA. Janji temu yang pertama memang boleh buat kamu nervous, dan darah gemuruh boleh buat kamu cakap terlalu banyak! Jadi lebih baik kamu jadi pendengar yang setia saja. Duduk dengan selesa, pandang ke dalam matanya dan biar sia tahu yang kamu minat dengar ceritanya.
4.HAVE FUN. Tunjukkan yang kamu ada sense of humour dan gembira dengan diri sendiri, jadi dia juga akan rasa releks. Lebih mudahlah kalian berhubung nanti.
5.DAH RASA MINAT. Pastikan dia tahu mengenainya. Penghujung janji temu sangat penting untuk menjelaskan apa yang kamu rasai sepanjang dating. Jika rasa seronok atau mahu berjumpanya lagi, jangan malu untuk berterus-terang..