KEM DUSUN MINDA RESORT,
KUALA NERANG, KEDAH
SELAMAT DARI WABAK
KUALA NERANG, KEDAH
SELAMAT DARI WABAK
BEBAS JANGKITAN
Pada 12 Jun yang lepas, kita digemparkan bahawa kem PLKN DUSUN MINDA RESORT, KUALA NERANG KEDAH dijangkiti oleh wabak Influenza A (H1N1). Pelatih yang ditahan di Hospital Kuala Nerang (HKN) yang terdiri daripada 15 orang dari kem PLKN tersebut. Alhamdulillah, diatas sokongan dan doa orang awam, ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN ), serta ahli Alumni PLKN sendiri, kesemua pelatih telah sihat dan sembuh serta dapat menjalankan latihan seperti biasa.
Pada hari Khamis, 21 Jun 2012, saya dimaklumkan bahawa semua pelatih telah tamat dikuarantinkan di kem tersebut.. Dan hari ini, 22Jun mereka telah menjalani latihan diluar kem iaitu latihan menembak setelah semuanya kembali normal. Kem masih dikuarantinkan sehingga ahad ini 24 Jun 2012. Jadi selepas ini, ahli alumni kem PLKN tersebut boleh melawat kem DMR yang unik kerana sekarang musim buah.. Jadi kepada semua yang nak join mereka dipersilakan dan dijemput semua...
Kami akan sentiasa mengalu-ngalukan kedatangan anda semua.. Jadi lawatan anda selepas hari ahad ini ya... Jom kita makan buah-buahan tempatan...