LAMAN WEB JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

LAMAN WEB JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
LAMAN WEB JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Friday, 15 June 2012

PANAS BEB - KEM PLKN DICEMARI WABAK H1N1

LANGKAH BERJAGA-JAGA DI AMBIL OLEH PIHAK KEM PLKN
SETAKAT INI TIADA KES INI TELAH DIPANDANG SERIUS


LIVE DARI KEM

DIHARAP AGAR KELUARGA ATAU ALUMNI PLKN
TIDAK DIGALAKKAN MELAWAT KEM INI KERANA KEM SEDANG DIKUARANTIN

21 sah H1N1
Oleh Mohamad Hussin dan Nordiana Shafiee
am@hmetro.com.my

KUALA NERANG: Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Dusun Resort Kampung Pisang, Jalan Padang Sanai di sini, masih dibuka seperti biasa dengan semua pelatih serta kakitangannya memakai topeng mulut dan hidung bagi melindungi mereka daripada dijangkiti wabak Influenza A (H1N1).

Ia berikutan 21 pelatih di kem berkenaan yang dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) di sini, mengalami sindrom batuk dan demam disahkan dijangkiti H1N1, Selasa lalu.

Beberapa pelatih yang sedang menjalani latihan ketika ditemui memberitahu 10 rakan mereka kini sedang dikuarantin di kem berkenaan manakala 15 pelatih lagi masih dirawat di HKN.

Seorang pelatih yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku Selasa lalu dan ia membabitkan lebih 20 orang yang dikejarkan ke HKN kerana disyaki terkena jangkitan H1N1. “Saya terkejut kerana beberapa rakan saya dijangkiti wabak ini dan semua pelatih dinasihatkan supaya menjaga kesihatan masing-masing.

“Namun, kami masih menjalani latihan seperti biasa, tetapi dengan pengurangan beberapa aktiviti. Malah, semua pelatih termasuk kakitangan harus memakai topeng mulut dan hidung yang dibekalkan,” katanya yang ditemui di kem berkenaan di sini, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat, ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya sedang menjalankan pemantauan rapi berkaitan kes berkenaan.

Beliau berkata, 15 pelatih yang masih menerima rawatan di HKN kini berada stabil dan semua mereka dijangka pulih sepenuhnya beberapa hari lagi.

“Sehingga petang ini (semalam) kes ini masih terkawal dan kita sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan kes ini tidak merebak ke tahap lebih serius

“Kita juga tidak mengeluarkan arahan supaya kem berkenaan ditutup namun ia masih berada dalam pengawasan Jabatan Kesihatan negeri,” katanya.


Dr Ismail berkata, pihaknya menasihatkan pelatih yang dilanda sindrom batuk dan demam perlu mendapatkan rawatan segera dan jangan dibiarkan penyakit itu daripada melarat.

Selain itu, di HKN beberapa laluan yang menempatkan pelatih berkenaan ditutup sementara.

DIHARAP TIADA MANA-MANA PIHAK MENUDING JARI MENYALAHKAN PIHAK KEM PLKN ATAU KERAJAAN. INI ADALAH PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU. MOHON KERJASAMA SEMUA PIHAK KITA BERUSAHA AGAR PERKARA INI DAPAT DISELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN DAN KITA SAMA-SAMA BERDOA AGAR SEMUA SELAMAT.

No comments:

Post a Comment